速報APP / 圖書與參考資源 / Sejarah Jengka - History of Jengka

Sejarah Jengka - History of Jengka

價格:免費

更新日期:2019-05-09

檔案大小:9.5M

目前版本:1.1

版本需求:Android 4.0.3 以上版本

官方網站:http://historyisfun1111.blogspot.com/

Email:amiliyafreel@gmail.com

聯絡地址:Taman Permatang Shah Bandar 26400 Bandar Jengka Malaysia

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖1)-速報App

(English)

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖2)-速報App

Bandar Tun Razak, Jengka formerly known as Bandar Pusat Jengka or Jengka Town Centre is a main town in Maran District, Pahang, Malaysia. Bandar Tun Razak is the centre of the Jengka Triangle which is known as FELDA Jengka. The Jengka Triangle (Malay: Segitiga Jengka), which is the largest FELDA settlement in Malaysia, is one of the successful Malaysian government's project to eradicate poverty among its citizen.

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖3)-速報App

(Malay)

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖4)-速報App

Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖5)-速報App

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka.

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖6)-速報App

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14 (Bunga Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin), Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967.

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖7)-速報App

Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Sejarah Jengka -  History of Jengka(圖8)-速報App