速報APP / 圖書與參考資源 / Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Me

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Me

價格:免費

更新日期:2018-10-14

檔案大小:5.0M

目前版本:4.4.9

版本需求:Android 4.0 以上版本

官方網站:http://www.alkitabversiborneo.org

Email:admin@borneosabda.org

聯絡地址:24H, Block 8, Dawning Views, Fanling NT, Hong Kong

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖1)-速報App

ALKITAB VERSI BORNEO, ALKITAB BAHASA MELAYU

disampaikan dalam bahasa yang bermutu, lancar dan menawan, utk berbicara kepada generasi masa kini dalam bahasa hati mereka sendiri.

AVB merupakan satu terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang mengambil tempoh masa sepanjang 15 tahun untuk disempurnakan. Terjemahan yang menepati kejituan kepada teks asal dianggap sebagai satu kemestian untuk menyumbang ke arah membina gereja Malaysia.

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖2)-速報App

“Saya sering memberitahu ramai orang, bahawa banyak terjemahan lain menerangkan pikiran, tetapi AVB berbicara kepada hati.”

- Presiden Trinity Annual Conference, Gereja Methodist Malaysia, Rev. T. Jeyakumar.

BERJIWA MALAYSIA

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖3)-速報App

Apabila usaha penterjemahan hampir siap, para penterjemah yang beroperasi Semenanjung Malaysia menyedari bahawa rakan-rakan yang sejiwa dari Sabah & Sarawak penting untuk memelok dan memelihara terjemahan baru ini.

Tuhan menggerakkan hati pemimpin-pemimpin seperti Datuk Rev. Jerry Dusing daripada Sidang Injil Borneo (SIB), yang telah lama mendesak supaya diadakan terjemahan Alkitab dalam BM yang bermutu tinggi. Dalam waktu Tuhan yang sempurna, kedua-dua pihak, dari Barat dan Timur, bertemu dan memulakan penubuhan 'Literature and Bible Network' (LAB Network), dengan misi untuk menerbitkan Alkitab BM baru, dan juga menghasilkan sumber-sumber Alkitabiah yang lain.

Dengan inisiatif-inisiatif yang sehaluan, dan semangat serta misi yang sama dari Malaysia Timur dan Malaysia Barat, kita memperlihat Alkitab Versi Borneo sebagai Alkitab berjiwa Malaysia.

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖4)-速報App

PROSES PENTERJEMAHAN

TUHAN menyediakan satu pasukan nukleus yang terdiri daripada penterjemah utama dan penterjemah professional yang memulakan kerja pada tahun 1998. Ahli linguistik dan para pendidik yang berkelayakan tinggi dalam bahasa Melayu klasik dan moden menyumbangkan kepakaran mereka dalam mengindahkan seni bahasa dan mengukuhkan kejelasan makna perkataan, manakala penterjemah-penterjemah yang lain menumpukan perhatian yang lebih kepada ketepatan teologi dan kesetiaan kepada maksud asal penulis kitab. Draf teks Alkitab kemudian diuji oleh penutur-penutur asli. Semakan selanjutnya dibuat oleh pasukan konsultan yang terdiri daripada pakar-pakar Bahasa Ibrani, Yunani dan ahli teologi.

Selanjutnya, perisian penterjemahan Alkitab yang terkini digunakan sepenuhnya untuk menyelaraskan perbendaharaan kata, istilah-istilah alkitabiah yang utama dan perenggan-perenggan ayat suci yang selari atau berulang di beberapa tempat, supaya menepati kejituan penterjemahan berasaskan teks dalam bahasa asalnya.

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖5)-速報App

Tidak ketinggalan juga ialah pemimpin-pemimpin gereja utama yang memberi penyeliaan dan dukungan spiritual kepada pasukan penterjemah sepanjang tempoh projek.

Kami memperakukan AVB sebagai sebuah Alkitab yang tinggi mutunya, dalam bahasa yang lancar dan menawan untuk dinikmati oleh generasi baru.

Segala pujian kepada TUHAN!

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖6)-速報App

Yohanes

admin@borneosabda.org

= Alkitab Bahasa Malaysia, Alkitab BM, Alkitab Bahasa Melayu, Malay Bible, Authorized Malay Version, BM Bible, Borneo Bible =

Alkitab Versi Borneo | Alkitab Bahasa Melayu(圖7)-速報App