價格:免費
更新日期:2018-01-18
檔案大小:62M
目前版本:1.0
版本需求:Android 4.0 以上版本
官方網站:mailto:jamalazrinwahid@gmail.com
Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak
kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)
Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;
■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
■ Mengamalkan zikir
■ Membaca al-Quran
■ Mendengar muzik yang tenang
■ Membaca buku-buku ilmiah
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
■ Menjaga adab dan emosi
■ Tidak tertekan atau stress
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar