速報APP / 健康塑身 / eTODDLER

eTODDLER

價格:免費

更新日期:2018-08-03

檔案大小:7.2M

目前版本:1.0

版本需求:Android 4.0.3 以上版本

官方網站:http://gtypemobiledeveloper.blogspot.my/2017/02/privacy-policy-for-appsdeveloped-by.html

Email:mrtypo121208@gmail.com

聯絡地址:KK,Borneo

eTODDLER(圖1)-速報App

Di Sabah, sejak tahun 2014 program sapuan topikal varnis Fluorida amnya kepada kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun (toddler) telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Jabatan Kesihatan Pergigian Sabah untuk mencegah kerosakan gigi sejak dari bayi lagi. Program ini dijalankan di semua taska, klinik desa dan klinik ibu dan anak di seluruh pelusuk Sabah. Pencegahan karies secara topikal varnis Fluorida melibatkan sapuan produk yang mengandungi fluorida pada permukaan gigi. Terdapat beberapa jenis varnis fluorida di mana dua bahan fluorida yang kerap digunakan adalah 5% sodium Fluorida dan 0.9% Disfluorsilane. Sapuan topikal varnis Fluorida ini dilakukan oleh anggota pergigian terlatih iaitu Pegawai Pergigian serta Juruterapi Pergigian dan dibuat sebanyak 4 kali sapuan iaitu pada setiap 6 bulan.

Ketiadaan pemfluoridaan bekalan air awam di negeri Sabah telah menjadi salah satu daripada menyumbang kepada kejadian kerosakan gigi yang tinggi di kalangan penduduk negeri Sabah berbanding penduduk di negeri-negeri d Semenanjung Malaysia yang mempunyai pemfluoridaan bekalan air awam. Pemfluoridaan air melibatkan penyelarasaan paras Fluorida dalam bekalan air komuniti ke paras yang optima untuk kesihatan pergigian. Sejak tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemfluoridaan bekalan air awam sebagai satu program utama pencegahan karies gigi. Sekitar 75.5% populasi rakyat Malaysia telah mendapat manfaat melalui kaedah ini. Malangnya, sehingga kini negeri Sabah merupakan salah satu negeri yang belum ada pemfluoridaan air dalam bekalan air komuniti. Dengan adanya program sapuan topikal varnis Fluorida bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun, pencegahan karies gigi dapat dilakukan lebih awal dan dapat mengelakkan kehilangan gigi sebelum waktunya.

eTODDLER dipilih bersesuaian dengan Program Sapuan Topikal Fluorida di kalangan kanak-kanak berumur bawah 4 tahun. Projek ini merupakan projek Inovasi Penyampaian perkhidmatan iaitu inovasi Penciptaan di mana kumpulan kami telah merekacipta suatu produk yang dinamakan eTODDLER iaitu satu sistem yang digunakan untuk mendaftarkan dan menyimpan maklumat pesakit toddler secara atas talian. Sistem eTODDLER mula digunakan sejak Januari 2018 di Jabatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu.

eTODDLER(圖2)-速報App

Kelebihan Aplikasi eTODDLER:

* Info pergigian secara offline

* Daftar masuk pesakit daripada aplikasi terus ke pangkalan data

* Soalan lazim (FAQ) secara offline

eTODDLER(圖3)-速報App

* aplikasi mesra pengguna

muat turun aplikasi eTODDLER sekarang dan jangan lupa untuk memberi rating serta tinggalkan komen yang membina untuk developer agar terus maju dalam pembangunan aplikasi.Terima kasih