價格:免費
更新日期:2019-07-10
檔案大小:18M
目前版本:1.4
版本需求:Android 4.0.3 以上版本
官方網站:mailto:ujm3010@gmail.com
Email:http://www.appsflex.com.my/google/Ucapan%20Hari%20Bapa.html
Salam, rakan-rakan tercinta di seluruh dunia.
Hari Bapa adalah perayaan yang disambut untuk memberi penghargaan kepada para bapa serta meraikan ikatan kebapaan dan penglibatan mereka dalam masyarakat di seluruh dunia.
Di Eropah, “Hari Bapa” atau dikenali sebagai “Hari St.Joseph” disambut pada setiap 19 Mac sejak abad pertengahan lagi. Sambutan ini diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis ke Amerika Latin, di mana 19 Mac masih digunakan di setiap negara di Eropah. Manakala, orang Amerika telah menggunakan tarikh Amerika Syarikat sendiri, iaitu pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun setiap tahun . Di Amerika Syarikat, Hari Bapa telah disambut sejak awal abad ke-20 lagi.
Hari Bapa hanya disambut sekali pada setiap tahun. Pada saat inilah kita dapat memberi ucapan atau mengirimkan mereka “Ucapan Hari Bapa”.
Bapa kita telah mendidik kita untuk membezakan yang baik dan buruk. Mereka juga mendidik kita bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebaikan kita. Bapa merupakan seorang insan yang menyayangi dan mencintai kita dalam apa juga keadaan. Setiap jasa yang mereka curahkan kepada kita tidak dapat dibalas dengan sejumlah harta kekayaan dunia kerana jasa mereka tiada tolok bandingnya.
Selain daripada sambutan Hari Natal, Hari Lahir atau perayan-perayaan lain, “Ucapan Hari Bapa” adalah salah satu momen yang paling berharga kerana ini adalah satu peluang untuk menunjukkan penghargaan dan kesyukuran kepada bapa atau mendiang bapa kita.
Apabila terdapat orang diluar sana yang mampu berbelanja untuk mengadakan sambutan Hari Bapa secara besar-besaran atau mewah, ada juga segelintir daripadanya yang kurang mampu mengadakan sambutan Hari Bapa. Oleh itu, mereka boleh menggunakan aplikasi “Ucapan Hari Bapa” ini sebagai jalan penyelesaian untuk mereka meraikan bapa mereka pada hari yang penuh berbahagia ini.
Melalui “Ucapan Hari Bapa” ini, sudah tntu akan melakarkan senyuman manis dan kegembiraan pada wajah mereka! Ini juga akanmembuat mereka merasa lebih istimewa pada hari yang istimewa ini!
Sebelum penciptaan teknologi moden,semua ucapan hari bapa disampaikan dengan ucapan pena yang dihantar melalui emel atau pos kepada semua ahli keluarga, rakan atu kelurga rakan yang telah bergelar seorang ayah atau bapa. Apabila masih ada segelintir daripada kita yang masih menggunakan cara konvensional untuk menghantar kad ucapan yang mengambil masa yang panjang, kad ucapan Hari Bapa ini memberi pengalaman yang baru kepada kita untuk mengirim ucapan Hari bapa dengan lebih mudah, singkat dan pantas hanya dengan dihujung jari sahaja.
Kita hanya memerlukan sebuah telefon bimbit, komputer atau komputer riba sahaja. Aplikasi mudah ini boleh digunakan untuk semua pengguna android.
Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua bapa diseluruh dunia dan yang sudah tenang di syurga.
Semoga Tuhan Merahmati!