價格:免費
更新日期:2018-10-22
檔案大小:36M
目前版本:2.0
版本需求:Android 4.1 以上版本
官方網站:mailto:keladak82@gmail.com
Email:https://sites.google.com/view/keladak/home
Aplikasi Panduan Solat Fardhu dan Doa.
Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu DiSembahyangkan....
-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah solat, maka jika baiklah solatnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak solatnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)
Allah berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan.
Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.
Dalam konteks menjaga solat ini, ahli tafsir menjelaskan bahawa dua perkara yang perlu dipelihara iaitu tidak sesekali mengerjakan solat dalam keadaan malas dan juga tidak riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Orang bertakwa akan mengerjakan solat memenuhi syarat dan rukun serta rasa khusyuk dan patuh dengan perintah Allah. Solat ini diterima oleh Allah dan termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas. Bagi orang yang mengerjakan solat dalam keadaan malas dan riak, solatnya bukan saja tidak diterima, malah mendapat kecelakaan daripada Allah.
P/s ; Ya Allah ! ya tuhan kami, Terimalah Amalan dan Ampunilah Dosa Kesalahan mereka, kerana mereka berusaha menyebarkan aplikasi ini. Ya Allah, Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Aminnn...
Sabda Rasululllah S.A.W.
“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)